My Writings. My Thoughts.

PELUANG KERJA – PREPRESS

// December 11th, 2011 // No Comments » // Mari Cari Kerja

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semoga anda sentiasa dalam rahmat Allah. Bagi rakan-rakan yang masih mencari peluang pekerjaan. Ini peluang anda! ^_^

Syarikat : Photobook Malaysia
Jabatan : Prepress
Kriteria : Rajin, mudah bekerjasama, dan mempunyai kepakaran menggunakan perisian Adobe.
Fresh Graduate? Anda juga dialu-alukan untuk mengisi kekosongan.

BERMINAT? Sila hantarkan resume anda kepada Cik Nurul Farzana (Alumni Printech):
nurul.farzana@photobookworldwide.com.

Photobook: http://www.photobook.com.my/

 

 

Jawatan Kosong

// September 27th, 2011 // No Comments » // Mari Cari Kerja

JAWATAN KOSONG (SUPER URGENT!!!)

1. JAWATAN : GRAPHIC DTP ATRIS
JABATAN : DTP DEPARTMENT
SYARIKAT : PERCETAKAN SELASEH SDN BHD,
30 & 32 JLN SELASEH INDAH TAMAN SELASEH FASA 1,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
PERSON IN CHARGE : EN ROSDI IDRIS ( HEAD DEPARTMENT)
SILA DATANG DGN RESUME@HASIL KERJA. CALL 03-6188 0719

2.JAWATAN : ADMIN EXECUTIVE
JABATAN : DIGITAL DEPARTMENT
SYARIKAT : ULTIMATE PRINT
PERSON IN CHARGE :
azuani@ultimate.com.my
alwani.fickry@ultimate.com.my

Turutan Dakwat Ketika Kerja-Kerja Mencetak di Mesin: CMYK? atau KCMY?

// March 3rd, 2011 // No Comments » // Printing, Sesi Soal Jawab

SR: Apabila kita menjalankan kerja mencetak, terdapat operator yang menggunakan susunan dakwat KCMY, bukannya CMYK. Mengapa ini berlaku?

 

Ahli Panel: Berkaitan dengan turutan (K,C,M,Y) ia adalah standard yang diguna pakai di seluruh dunia. Semua brand mesin cetak Sheetfed Offset guna standard tersebut, malah ia turut digunakan pada mesin Offset 8 warna. Untuk mesin 5 warna pula, unit terakhir merupakan unit untuk special color atau coating. Dakwat seperti silver, gold atau gloss diletakkan di bahagian akhir.


Mengapa ia K,C,M,Y dan tidak C M Y K ? sebab ia merujuk kepada penggunaan dakwat yang mana lebih banyak digunakan sebenarnya. Biasanya dakwat K diletakan di unit hadapan sekali kerana jumlah peratusan dakwat digunakan sedikit sahaja, lebih kepada untuk kawalan tone, manakala dakwat C pula selalunya meliputi 30% jumlah dakwat, manakala dakwat M pula 50% dan dakwat Y pula meliputi 60% dakwat.


Maka secara ringkasnya para operator dapat mengawal kualiti cetakan bermula dengan jumlah % dakwat yang sedikit sehinggalah yang banyak sekali penggunaanya bersesuaian dengan tahap kelajuan IMPH pada setiap mesin itu. Namun untuk mesin 1 warna seperti KORD pula kebanyakan para operator lebih gemar untuk memulakan cetakan dengan turutan dakwat C M Y K kerana ia lebih sesuai untuk pengawalan kualiti penyebaran dakwat pada cetakan itu sendiri dan juga bersesuaian dengan tahap kelajuan IMPH mesin itu.


| Panel jemputan bagi sesi soal jawab ini : Encik Ahmad Fairuzse Abdul Ghani. |
Beliau merupakan Alumni BATCH KE-3 PRINTECH 95-99. Beliau mula terlibat dengan dunia printing semenjak di bangku sekolah menengah lagi dan alhamdullilah ia kekal sehingga kini. Memulakan kerjaya sebagai apprentice mesin cetak dan kini menjawat jawatan sebagai Pengurus Pembangunan Bisnes di Percetakan Selaseh Sdn. Bhd. Beliau juga merupakan salah seorang ahli Lembaga Pengarah syarikat.