Luaskan Horizon Anda….Editor Pengurusan:Bidang Kerjaya Untuk Pelajar Percetakan ^_^
// May 24th, 2010 // Mari Cari Kerja
Bidang Kerjaya Untuk Pelajar Percetakan: Editor Pengurusan
Dunia ‘Printing-Publishing’ Saling Berkaitan dan Memerlukan
Saya ingin berkongsi pengalaman saya menjalani latihan praktikal di syarikat penerbit buku. Mungkin ramai yang akan tertanya-tanya “Ha? Apa kaitannya syarikat terbit buku dengan praktikal percetakan?”. Jika anda tidak nampak kaitannya secara langsung, saya akan cuba berkongsi ilmu saya yang masih sedikit ini. Jika anda gemar membaca dan berminat dengan ilmu editorial dan percetakan seperti saya, post ini sangat sesuai untuk anda.Bahagian Pre-Press adalah bahagian yang paling rigid dalam penerbitan kerana setiap details perlu diteliti sebelum boleh dicetak.
Bagi sesiapa yang mengenali saya,pasti mereka tahu saya ini ‘kaki tanya’ (haha!) Saya gemar bertanya pelbagai soalan sekiranya ada sesuatu yang tidak difahami. Saya rajin membaca blog, laman web, komen, status facebook dan apa jua medium yang ada untuk berhubung dengan kawan-kawan dan pelajar-pelajar senior yang kini sudah pun bergelar alumni Printech. Ada dikalangan mereka mengeluh bahawa tidak semua pelajar percetakan berakhir dengan kerjaya yang bersangkut paut dengan percetakan. Jangan risau luaskan horizon anda dengan mencuba dunia ‘Printing-Publishing’.
Dunia ‘publishing-printing’ adalah sesuatu yang menarik bagi saya secara peribadi. Ini kerana dua dunia yang saling berkait rapat ini memungkinkan saya bergelumang dengan lautan buku. Ya! Betul, ramai pelajar percetakan yang ingin bekerja dengan syarikat percetakan tetapi tidak dinafikan ruangnya agak terhad. Ini kerana bukan semua syarikat mampu survive dan mampu mengupah pekerja baru setiap bulan. Bukan semua syarikat percetakan mampu untuk terus menerus menerima tempahan dan membesarkan perniagaan dengan masa yang singkat. Jadi mari kita mengaplikasikan ilmu percetakan kita dalam syarikat penerbitan buku. Syarikat penerbit sangat memerlukan pelajar-pelajar percetakan yang mempunyai pengetahuan dalam ilmu percetakan ini kerana kita mampu berkongsi ilmu seperti:
- technical setting yang perlu dipenuhi untuk mendapatkan spesifikasi cetakan sesuatu produk.
- Pengetahuan untuk memahami mengapa warna cetakan tidak sama untuk setiap material yang digunakan.
- Bagaimana untuk mendapat finishing yang menarik tetapi masih menjimatkan kos.
- Apakah jenis value added yang dapat diberikan kepada produk selain mempunyai kulit buku.
- Skil mengatur masa yang diperuntukkan untuk sesuatu buku perlu siap dan berada dalam stor.
- Menjaga QC buku di stor
- Berurusan dengan pencetak yang bertanggungjawab (lakukan lawatan yang kerap untuk memastikan buku yang dicetak boleh berada dalam stor penerbit mengikut perancangan pemasaran yang telah ditentukan & melihat jenis mesin dan proses yang dijalankan untuk kita membantu penerbit memahami jangka masa yang paling cepat yang boleh dicetak mengikut spesifikasi mesin yang dimiliki pencetak)
———————————————————————————————
Mari Kita lihat tanggungjawab seorang Editor Pengurusan ^_^
———————————————————————————————-
Menguruskan dan mentadbir manuskrip serta jadual editorial
- Membuat senarai semakan bahan bagi setiap manuskrip yang masuk ke ruangan editorial seperti hardcopy, softcopy, ilustrasi, borang biodata diri, gambar dan sebagainya.
- Menyediakan sistem fail bagi setiap manuskrip sebelum suntingan
- Mendapatkan ISBN dan CIP
- Menentukan jadual editorial berdasarkan prioriti penerbitan yang dikeluarkan oleh pengurus
—————————————————————————————–
Mengurus dan mentadbir editor sambilan ( freelance editor )
—————————————————————————————–
- Membuat latihan bagi editor sambilan dan baru
- Membuat carian dan lantikan editor sambilan
- Memantau jadual bagi editor sambilan
- Mengurus bayaran
- Memantau gerak kerja yang dijalankan
- Memberi khidmat nasihat susun letak berdasarkan konsep buku
—————————————————————————————————————————-
Membantu pengurus dalam membuat perancangan belanjawan bulanan dan tahunan
—————————————————————————————————————————-
- Menyediakan maklumat diperlukan bagi membuat belanjawan bulanan dan tahunan suntingan, bil, halaman susun atur huruf dan sebagainya.
- Mendapatkan sebut harga pencetak, ilustrasi, gambar dan sebagainya
—————————————————-
Menguruskan kawalan kualiti buku
—————————————————-
- Memeriksa mutu suntingan dan susun atur yang disediakan
- Membuat pruf POD
- Memeriksa maklumat pada setiap buku mencukupi dan tepat sebelum ke peringkat cetak
- Membuat pemeriksaan buku selepas siap ke stor
———————————————————-
Menguruskan pentadbiran Percetakan
———————————————————-
- Mendapatkan sebut harga dari pencetak
- Menentukan spesifikasi buku
- Memberi cadangan konsep buku
- Menguruskan penghantaran manuskrip ke pihak pencetak
- Mengeluarkan arahan PO kepada pihak akaun
- Memantau proses percetakan dan memastikan ia mengikut masa ditetapkan
- Menguruskan penghantaran naskhah contoh kepada penulis
———————————————-
Menguruskan sistem backup
———————————————-
- Memastikan semua bahan editorial daripada editor sambilan dan artis diperoleh kembali. Ini termasuk softcopy sudah sunting, salinan susun atur huruf akhir, salinan fail kulit buku dan ilustrasi digunakan
- Menguruskan proses simpanan bahan ke backup server dalam format yang ditentukan.
Mungkin tidak semua penerbit buku mempunyai syarikat percetakannya sendiri tetapi jangan risau kerana kita mampu mengaplikasikan ilmu percetakan kita dengan baik sekali sebagai seorang editor pengurusan. MISI YANG PALING PENTING IALAH MARI KITA SEMARAKKAN DUNIA PENERBITAN BUKU MELAYU DI MALAYSIA, kerana apalah yang pencetak hendak cetakkan? Jika industri buku di Malaysia tidak memberangsangkan….^_^ (Ini sekadar pandangan peribadi saya, sebarang komen membangun adalah sangat dialu-alukan untuk menambah ilmu saya yang masih sedikit ini)
-Syalida Rosnan-








haaa..aku nk keje kosong..part time ke…
cam besh jek…uuhuhuhuhuhuuuu…
Salam & Hi Saye!!!
Baguslah kalau berminat. Boleh layari :
http://universitipts.com/
Laman web ini sangat bagus untuk belajar menulis, menterjemah, mengedit, menerbit, menjual dan mengedar buku. Daftarkan diri untuk mana-mana kursus percuma yang ditawarkan.
Untuk mengetahui sama ada kerja kosong masih terbuka atau tidak semaklah link ini dari semasa ke semasa:
http://pts.com.my/index.php/karier/
Jika berminat membuat kerja-kerja freelance boleh semak link ini:
http://akademilatihanpenerbitanpts.wordpress.com/category/pengumuman-untuk-freelance-pts/
Terima Kasih ^_^
salam. .saye;
kalau de kije part time selain drp bdg pnrbtn & pctkn b’minat x??