Archive for Exam

:: MIND MAP UNTUK EXAM ::

// March 28th, 2010 // No Comments » // Exam

12.12 pagi, 28 Mac 2010 ^_^
(Disebabkan blog ini berbentuk ilmiah jadi bahasa yang digunakan agak formal. Harap maklum.haha… )

Di saat ini saya sedang menyiapkan mind map bagi subjek psikologi. Jadi ada baiknya saya berkongsi post ringkas di blog saya. Sebelum bercerita panjang perihal mind map, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tn Hj Othman Badrishah yang sentiasa menggalakkan kami menggunakan mind map untuk subjek beliau. Belum berkesempatan mengamalkan tip ini sepenuhnya untuk semua subjek. (Ini kira eksperimen untuk subjek psikologi haha). Tidak dinafikan apabila ada subjek yang mempunyai banyak term yang perlu difahami & diingati. Lagi memeningkan kepala bila subjek itu mempunyai terlampau banyak subtopic!

Jadi alternatifnya, kita memerlukan mind map!. Teknologi kini sudah canggih jika anda tidak suka lagi menggunakan pen dan kertas untuk melukis sendiri, mungkin anda boleh mencuba pelbagai perisian mind map yang ditawarkan di laman web. Ketika ini, jika kita bertanya kepada sesiapa berkenaan mind map, tidak dapat dipisahkan dengan Tony Buzan. Beliau adalah antara pakar mind map yang terkenal di seluruh dunia. Bagi yang berminat membaca berita lanjut berkenaan Tony Buzan yang tersiar di Akhbar kosmo sila klik di link ini.

LINK ARTIKEL: MIND MAP TONY BUZAN

BAGI PENGGUNA iPhone: sila klik link ini untuk mencuba perisian mind map Tony Buzan ini.

Untuk post kali ini saya ingin mencuba perisian Mindjet MindManager Pro. (Klik Untuk Cuba Perisian Ini) Saya sudah capture screen untuk memudahkan anda memahami sedikit tentang perisian ini. Perisian ini bukanlah sesuatu yang baru dan banyak lagi perisian yang anda boleh cuba apabila anda melayari laman web. Klik link ini untuk video demo ^_^

Selepas menggunakan perisian ini, anda mampu menyiapkan mind map anda hanya dalam beberapa minit tetapi dengan syarat….semua nota atau topik secara keseluruhan sudah dibaca dan difahami terlebih dahulu. (Jangan tulis nota tentang sesuatu yang anda tidak fahami kerana ia tidak akan membantu anda apabila proses ulangkaji nanti ^_^ )

Jadi ambillah kesempatan di minggu-minggu terakhir ini untuk menyiapkan mind map anda ^_^ Good Luck Everyone~! No More Thick Notes A Night Before Examination ^_^