Archive for Mari Cari Kerja

Gembira membaca post di blog PTS Fortuna ^_^

// June 10th, 2010 // No Comments » // Mari Cari Kerja, Peribadi

PTS Fortuna Sdn Bhd Menerima Dua Orang Pelajar Praktikal

Sejak pertengahan Mei lalu, PTS Fortuna Sdn Bhd telah menerima kehadiran dua orang pelajar praktikal untuk berkhidmat di jabatan editorial. Beliau yang dimaksudkan adalah Cikpuan Shalida Mohd Rosnan yang berasal dari Shah Alam, Selangor dan Cikpuan Intan Shuhaidah Abd Rahim berasal dari Sungai Petani, Kedah.

Mereka adalah penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam di dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Teknologi Percetakan.

PTS Fortuna mengalu-alukan kehadiran mereka dan berharap pengalaman sebagai pelajar praktikal dapat memberikan peluang dan ruang untuk mereka berdua meneroka industri penerbitan buku di Malaysia secara amnya dan PTS Publications & Distributors khasnya.

http://ptsfortuna.com.my/index.php/blog/blogdetail/pts-fortuna-sdn-bhd-menerima-dua-orang-pelajar-praktikal/

Pengalaman Menjadi Pelajar Praktikal….Sesuatu Yang Menyeronokkan!

// May 24th, 2010 // No Comments » // Mari Cari Kerja

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk pengetahuan pembaca blog saya, kini saya dan rakan-rakan di Jabatan Teknologi Percetakan UiTM sedang menjalani latihan praktikal yang sudah pun masuk minggu ke 3. Baru hari ini saya berpeluang untuk menulis sesuatu untuk dikongsi bersama…..

Mengapa latihan praktikal penting?

Warga Jabatan Teknologi Percetakan pasti maklum pelajar-pelajar praktikal sudah memulakan misi mereka ke syarikat-syarikat terpilih. Hari ini masuk minggu ke-3 bagi pelajar-pelajar menjalani latihan praktikal. Pasti pelbagai ilmu baru dapat dipelajari sepanjang 3 minggu yang menyeronokkan. Apa yang pasti apabila pulang ke jabatan pada pertengahan Mei nanti, bukan sekadar laporan biasa yang dinanti oleh para pensyarah dan penasihat. Jika laporan yang dihantar sekadar melaporkan mesin apa yang digunakan, jenis cetakan yang dijalankan, maka tiadalah bezanya dengan laporan yang kita lakukan sesudah pulang dari melawat syarikat-syarikat percetakan setiap semester. Menurut buku Guidelines for an Effective Industrial Practicum Training and Project Report yang diterbitkan UPENA, latihan praktikal yang efektif ialah latihan yang dapat mencapai objektif pembelajaran di mana pelatih mampu melakukan tugasan yang diberikan dengan mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh dan difahami ketika belajar. Ini bermaksud, pelajar hendaklah menyelesaikan masalah sebenar yang berlaku di syarikat dengan mengaplikasikan ilmu yang sudah dipelajari dan hendaklah banyak bertanya kepada supervisor yang ditugaskan kerana mereka lebih ‘masak’ dalam masalah-masalah harian yang berlaku di syarikat.

(more…)

Luaskan Horizon Anda….Editor Pengurusan:Bidang Kerjaya Untuk Pelajar Percetakan ^_^

// May 24th, 2010 // 3 Comments » // Mari Cari Kerja

Bidang Kerjaya Untuk Pelajar Percetakan: Editor Pengurusan

Dunia ‘Printing-Publishing’ Saling Berkaitan dan Memerlukan

Saya ingin berkongsi pengalaman saya menjalani latihan praktikal di syarikat penerbit buku. Mungkin ramai yang akan tertanya-tanya “Ha? Apa kaitannya syarikat terbit buku dengan praktikal percetakan?”. Jika anda tidak nampak kaitannya secara langsung, saya akan cuba berkongsi ilmu saya yang masih sedikit ini. Jika anda gemar membaca dan berminat dengan ilmu editorial dan percetakan seperti saya, post ini sangat sesuai untuk anda.Bahagian Pre-Press adalah bahagian yang paling rigid dalam penerbitan kerana setiap details perlu diteliti sebelum boleh dicetak.

Bagi sesiapa yang mengenali saya,pasti mereka tahu saya ini ‘kaki tanya’ (haha!) Saya gemar bertanya pelbagai soalan sekiranya ada sesuatu yang tidak difahami. Saya rajin membaca blog, laman web, komen, status facebook dan apa jua medium yang ada untuk berhubung dengan kawan-kawan dan pelajar-pelajar senior yang kini sudah pun bergelar alumni Printech. Ada dikalangan mereka mengeluh bahawa tidak semua pelajar percetakan berakhir dengan kerjaya yang bersangkut paut dengan percetakan. Jangan risau luaskan horizon anda dengan mencuba dunia ‘Printing-Publishing’.

(more…)