Archive for Motivasi

Potensi Warga Printech Untuk Menjadi Penulis Super

// February 20th, 2011 // No Comments » // Mari Cari Kerja, Motivasi


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu lagi kita dalam post terkini SyalidaRosnan.Com. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi ilmu yang saya fikir perlu dan wajib disampaikan kepada semua. Semalam telah berlangsung Seminar Jana Wang Dengan Menulis anjuran Akademi Penulis yang diterajui oleh Tuan Fauzul Nai’m Ishak (General Manager bahagian Editorial PTS) dan Tuan Zamri Mohamad (Penulis Buku Malaysia). Objektif seminar ini adalah untuk menyedarkan peserta tentang potensi dan profession sebagai seorang penulis. Kepada peminat buku, pasti anda sudah tahu bagaimana ‘gilanya’ permintaan jika buku yang dihasilkan menepati kehendak pembaca yang sangat meminati sesuatu bidang tetapi jumlah judulnya masih kurang.

Apa relevannya ilmu yang disampaikan dalam seminar ini kepada warga Printech?

Ilmu yang disampaikan sangat relevan. Ini kerana saya tersentak apabila ahli panel menegaskan bahawa setiap individu mempunyai pelbagai idea bernas, setiap individu Allah kurniakan kepandaian dan kepakaran masing-masing. Akan tetapi jika semua ilmu dan idea-idea bernas itu hanya terperangkap di dalam kotak fikiran saudara-saudari tanpa diterjemahkan dalam bentuk penulisan dan dikongsi bersama orang lain….Semuanya akan sia-sia begitu sahaja. Jika kita ditakdirkan mati sebentar lagi, dan segala ilmu dan pengalaman hidup itu tidak dikongsikan, maka tiada siapalah akan tahu dan dapat memanfaatkan ilmu tersebut.

Warga Printech Semuanya Hebat.

Untuk memastikan kita menjadi hebat di kalangan yang terhebat. Buatlah sesuatu yang dapat dimanfaatkan oleh rakan-rakan dan individu yang hampir dengan kita. Apabila saya dijemput melalui aplikasi event di facebook oleh Tuan Fauzul sendiri, saya dapat rasakan ini adalah Fardu Kifayah kepada saya untuk pergi menuntut ilmu dan berkongsi apa yang saya dapat dari seminar ini. Memandangkan saya dihimpit dengan komitmen lain dan perlu menyiapkan beberapa tugasan, jadi saya ringkaskan dan kaitkan beberapa input penting untuk anda.

1. Setiap orang mempunyai pelbagai ilmu dan pengalaman yang saat berharga untuk dikongsikan agar bermanfaat kepada masyarakat. Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah terjemahkan ilmu itu dalam bentuk penulisan, sama ada kita kongsikan di blog, facebook  (notes) atau menghantar artikel untuk diterbitkan.

2. Mulalah untuk menjadi penulis dengan berlatih menulis. Jika anda tidak pandai menulis, belajar sahaja menulis apa-apa artikel ringkas untuk permulaan. Kebanyakan penulis super yang pernah terjual bukunya sebagai Buku Bestseller, buku itu bukanlah buku pertamanya. Ada penulis yang berjaya menghasilkan Bestseller selepas menghasilkan buku yang kedua, ketiga atau mungkin yang kesepuluh.

3. Setiap individu, mempunyai kepakaran dan minatnya masing-masing. Jadi jika anda sudah bertahun-tahun bekerja dalam sesuatu bidang saya pasti ‘tebal’ ilmunya. Mulalah menulis dan kumpulkan ilmu-ilmu itu kemudian hasilkanlah buku anda. Saya juga masih belajar dan terus belajar dalam menghasilkan buku.

4. “Saya tidak ada masa nak menulis….”. Itu adalah antara alasan yang biasa diberikan oleh ramai orang, termasuklah saya. Kadang-kadang rasa memang tidak tahu bilakah waktu yang sesuai untuk menulis. Jadi mulalah menulis di waktu santai anda, mungkin pada waktu petang ketika mengambil angin di tepi tasik. Oh ya mungkin juga ketika di restoran kerana menunggu keluarga anda membeli belah ^_^.

Warga Printech Mampu Hasilkan Penulisan Super untuk Rujukan Industri Percetakan Malaysia.

Hampir 5 tahun saya di jabatan ini, semakin lama semakin tidak sabar saya nantikan buku terbitan warga Printech diterbitkan secara professional. Buku ini mungkin berkaitan apa sahaja, termasuklah buku manual untuk belajar bahagian teknikal. Ilmu yang didapati dari bilik kuliah dibukukan dan mungkin pengalaman para senior menjalani latihan praktikal. Paling menyeronokkan jika buku yang dihasilkan mampu memeriahkan buku rujukan berbahasa Malaysia yang akan dibaca oleh semua individu yang terlibat dalam industri percetakan di Malaysia ini. Paling penting, apabila kita memeriahkan industri percetakan buku dan membuka lebih banyak job untuk dicetak kepada warga Printech. Memandangkan kita adalah satu-satunya universiti yang menawarkan kos pengajian berkaitan teknologi percetakan sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Sudah pasti begitu ramai warga kita sudah mewarnai industri percetakan Malaysia ini.

Perlunya Networking di kalangan Penulis Warga Printech

Penulis berpotensi tentang ilmu dunia cetakan ini pasti begitu ramai dari pakar di bahagian prepress, press, post press, pakar dalam bahagian materials supplies, machine accessories dan sebagainya. Semua ilmu dalam bidang yang disebut adalah sangat penting untuk dikongsikan untuk manfaat bersama. Jadi secara tidak langsung setiap penulis akan melengkapi ilmu percetakan penulis-penulis lain.

Mari Menyahut Seruan Untuk Mula Menulis.

Kepada warga Printech yang sudah lama memasang niat untuk menulis, mulakanlah hari ini.  Hasil penulisan yang anda terbitkan di Majalah Printech atau post yang anda terbitkan di blog, atau buku yang ingin anda terbitkan sudah pasti akan ada warga industri yang membacanya. Sebagai memberi sokongan, kepada anda yang ingin mula menulis berkaitan pengalaman anda di dalam industri percetakan yang kita minati ini. SyalidaRosnan.Com akan memberi ruang iklan secara percuma selama TIGA BULAN kepada anda yang terpilih. Hanya sediakan imej bersaiz 125 x 125 pixel beserta link url untuk imej dan link untuk di klik. (Sila lihat contoh di bahagian iklan di tepi laman web). Penulisan yang paling memberi kesan kepada pembaca (akan diundi) dan pemenangnya akan ‘menguasai’ SATU ruangan banner SyalidaRosnan.Com selama 3 BULAN SECARA PERCUMA. Kepada penghantar yang lain jangan bersedih. Penulisan anda itu tetap saya siarkan dalam SyalidaRosnan.Com dan link anda akan saya aktifkan di dalam post tersebut.

Selamat Menulis dan mengumpul saham dunia & akhirat. Semoga segala ilmu yang diamal daripada hasil penulisan kita akan diberkati Allah.

Saya tangguhkan dahulu entri kali ini dengan Assalamualaikum dan berjumpa lagi dalam entri yang akan datang InshaAllah.

Kepada yang berminat untuk menjadi penulis dan penerbit profesional sila lawati laman ini :

http://www.akademipenulis.com/

http://universitipts.com/

‘HIJRAH’ for Better Living~

// December 7th, 2010 // No Comments » // Motivasi

Salam Tahun Hijrah 1432, Sempena 1 Muharram ini ingin saya kongsikan Hadith Riwayat Bukhari & Muslim ini sebagai friendly reminder kepada diri dan semua yang membaca ^_^

Hadith :

Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu, bergantung pada niat. Dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang berHIJRAH semata mata taat kepada Allah dan Rasulnya, maka HIJRAHnya itu diterima oleh Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang berHIJRAH kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka HIJRAHnya itu terhenti pada apa yang ia niat HIJRAH kepadanya”.

Riwayat Bukhari Muslim

Ramadan: It is time to heal

// August 21st, 2010 // No Comments » // Motivasi

Salam Alaik, Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadan kali ini. Ingin saya kongsikan video Dokumentari The Arrivals, semoga kita mendapat manfaat darinya.

I’m urging you to spend your time to watch The Arrivals Documentary. It’s Ramadan, It’s Right Time To Heal ^_^

http://www.youtube.com/watch?v=x9zrPH6HMu4

The Arrivals Part 01 (Bukti Dari Quran)
The Arrivals Part 02 (Penguasaan Minda)
The Arrivals Part 03 (Penguasaan Minda Kanak-Kanak)
The Arrivals Part 04 (Bukti-bukti Ketibaan Dajjal)
The Arrivals Part 05 (Senibina dan Tenaga)
The Arrivals Part 06 (Peperangan Tenaga Manusia)
The Arrivals Part 07 (Firaun-firaun Hari Ini)
The Arrivals Part 08 (Bukti-bukti mengejutkan tentang Firaun)
The Arrivals Part 09 (Hashemfilms)
The Arrivals Part 10 (Pemerintahan Dunia Baru)
The Arrivals Part 11 (Sihir Lagu-Lagu)
The Arrivals Part 12 (Cerahkan Kegelapan)
The Arrivals Part 13 (Gadis Berbaju Merah)
The Arrivals Part 14 (Penipuan Hollywood)
The Arrivals Part 15 (Hollywood dan Tanah yang Dijanjikan)
The Arrivals Part 16 (Media dan Islam)
The Arrivals Part 17 (Perang Atas Nama Keganasan)
The Arrivals Part 18 (Dua Muka Demokrasi)
The Arrivals Part 19 (Fenomena UFO 1)
The Arrivals Part 20 (Fenomena UFO 2)
The Arrivals Part 21 (Apa yang Akan Datang)
The Arrivals Part 22 (Budaya Kesyaitanan Kita)
The Arrivals Part 23 (Kebendaan dan Peperangan Dalaman)
The Arrivals Part 24 (Kebebasan Dicabut)
The Arrivals Part 25 (Dajjal Sudah Tiba 1)
The Arrivals Part 26 (Dajjal Sudah Tiba 2)
The Arrivals Part 27 (Mengapa Kesyaitanan Diamalkan Pemerintah 1)
The Arrivals Part 28 (Mengapa Kesyaitanan Diamalkan Pemerintah 2)
The Arrivals Part 29 (Perkara Sebenar Tentang Tuhan-Tuhan Itu)
The Arrivals Part 30 (Lantai Hitam Putih dan Tuhan-Tuhan Itu)
The Arrivals Part 31 (Penipuan Terbesar)
The Arrivals Part 32 (Kebenaran yang Paling Bermakna)
The Arrivals Part 33 (Pilihan Terletak Pada Kamu)
The Arrivals Part 34 (Pencerobohan Agama)
The Arrivals Part 35 (Istana Nabi Sulaiman)
The Arrivals Part 36 (Kisah Nabi Isa)
The Arrivals Part 37 (Tuhan Matahari)
The Arrivals Part 38 (Kisah Islam)
The Arrivals Part 39 (Para Imam dan Khalifah)
The Arrivals Part 40 (Persamaan yang Dikongsi Bersama)
The Arrivals Part 41 (Dua Keturunan)
The Arrivals Part 42 (Penjaga Gerbang)
The Arrivals Part 43 (Perlambangan 9/11)
The Arrivals Part 44 (Kepentingan Ka’bah)
The Arrivals Part 45 (Ka’bah dan Upacara 9/11)
The Arrivals Part 46 (Insan yang Lengkap)
The Arrivals Part 47 (Insan yang Bebas)
The Arrivals Part 48 (Ketibaan Imam Mahdi)
The Arrivals Part 49 (Ketibaan Dajjal)
The Arrivals Part 50 (Ketibaan Nabi Isa)

http://www.youtube.com/watch?v=x9zrPH6HMu4

May Allah Bless Us