Archive for Peribadi

Penghantaran Keputusan Peperiksaan ke JPA

// December 25th, 2010 // No Comments » // Peribadi

Salam Alaik, hari ini saya ingin membuat komen ringkas tentang soalan yang ditanya oleh rakan-rakan yang mendapat tajaan JPA. Alhamdulillah rata-rata semuanya memberikan komen-komen positif di status-status FB baru-baru ini. Oh ya, komen tentang apa ya? Komen tentang keputusan peperiksaan semester lepas & soalan mereka….(hehe) “Hei keputusan ni nak hantar ke JPA ke?Tak hantar duit next sem tak masuklah ye?“Nak hantar kat mana ni? Jawapan saya: “Mestilah dihantar ke JPA setiap sem, habis macam mana JPA mahu pantau prestasi pelajar sama ada  semakin baik atau buruk….” Jadi kepada rakan-rakan yang menerima tajaan JPA jangan lupa hantarkan keputusan peperiksaan anda setiap sem ok ^_^

Berikut jawapan untuk soalan anda yang juga boleh dibaca di link berikut:

http://esimos.jpa.gov.my/sismat/index.php?topic=247.msg800;topicseen#msg800

“Keputusan setiap semester perlu dihantar ke JPA melalui salah satu kaedah berikut;
1)emel ke lspdn@jpa.gov.my
2)fax ke 03-88810745
3)Pos ke alamat
Unit Latihan Sebelum Perkhidmatan Dalam Negara,
Bahagian Pembangunan Modal Insan,
Aras 5, Blok C1, Komplek C,
Jabatan Perkhidmatan Awam,
62510 Putrajaya

Sekian, terima kasih ”

(Jawapan ini diberikan oleh Puan/Cikpuan Munirah bt Mohd Zaki Pentadbir SisMAT)

PTS dekat di hati….

// July 27th, 2010 // No Comments » // Peribadi

Sudah tiga minggu saya meninggalkan pejabat editorial PTS. Rindu! Ya itulah perasaan saya pada saat ini. Selama dua bulan di pejabat itu, setiap hari ada sahaja adegan-adegan bos saya yang lucu….Oh tidak, sebagai pelajar yang menjalankan latihan amali, bukan itu tujuan utama yang perlu saya highlight dalam post kali ini. Memang tidak dinafikan kenangan saya bersama rakan-rakan sepejabat itu akan terus kekal selama-selamanya.

Misi perlu dicapai….

Ya! Ada misi utama yang perlu saya tunaikan sepanjang menjalankan latihan amali di pejabat editorial. Saya adalah pelajar jurusan teknologi percetakan. Sebelum memilih sesuatu syarikat untuk menjalani latihan amali sudah pasti tujuan utamanya ialah untuk mengaplikasi segala ilmu yang telah dipelajari. Mengapa saya memilih bahagian editorial? Ini kerana saya sentiasa memegang kata-kata David Bann dalam bukunya The All New Print Production Handbook, “….Printers are usually obsessed with avoiding errors, because they remain on the printed page for all time and cannot be edited out.” Seorang pelajar yang mempunyai latarbelakang ilmu percetakan, sudah pasti bahagian Pra-Cetak adalah yang amat perlu dititiberatkan. Apabila sesuatu kerja sudah dihantar ke pencetak, dan kesalahan-kesalahan tidak disedari sehinggalah kerja itu siap dicetak, maka beribu-ribu naskah itu akan dicetak mengikut kuantiti yang diperlukan oleh penerbit. Aspek yang perlu diambil kira bukanlah tertumpu kepada kesalahan ejaan sahaja, tetapi dari sudut kualiti gambar yang diguna, jenis kertas yang sesuai, kualiti warna dan pemilihan finishing yang sesuai.

Pengalaman peribadi….

Siapa sangka selepas 10 tahun menjadi pembaca buku PTS, akhirnya dapat juga saya melihat sendiri proses yang dilakukan oleh Editor Perolehan dan Editor Pengurusan untuk mendapatkan manuskrip sehinggalah ia diedit menjadi buku yang siap dicetak. Saya dan seorang lagi rakan Cikpuan Intan Shuhaidah diselia oleh Tuan Faizal Mukhtar (Pengurus PTS Fortuna) dan Tuan Zaki Zainol (Editor Pengurusan). Antara aktiviti-aktiviti yang sangat bernilai sepanjang latihan amali di sini ialah aktiviti meninjau pencetak-pencetak baru yang akan mencetak buku-buku PTS. Rombongan kecil ini turut disertai Pengurus Besar Editorial, Tuan Fauzul Naim Ishak dan Cikpuan Marianti binti Ridi (Production & Finance Executive).

Turut serta dalam promosi novel keluaran PTS Fortuna

Tidak ragu untuk mengesyorkan buku PTS kepada keluarga dan rakan-rakan….

Selepas menjadi pembaca PTS dan berpeluang menjadi sebahagian dari keluarga editorial di PTS, saya begitu yakin untuk mengesyorkan buku-buku berkualiti keluaran PTS yang menggunakan Bahasa Melayu Tinggi dan pastinya diterbitkan dengan tujuan mahu memandaikan bangsa. Saya tidak gusar untuk mempromosi buku-buku PTS kerana kualiti bahasa yang digunakan oleh PTS sesuai dibaca oleh golongan universiti. Pastinya saya mengharapkan akan ada program kerjasama yang dianjurkan secara berterusan antara pihak Jabatan Teknologi Percetakan UiTM dan PTS Fortuna serta PTS secara umumnya dalam usaha untuk meneruskan dan mengembangkan industri percetakan dan penerbitan buku berbahasa Melayu.

Gembira membaca post di blog PTS Fortuna ^_^

// June 10th, 2010 // No Comments » // Mari Cari Kerja, Peribadi

PTS Fortuna Sdn Bhd Menerima Dua Orang Pelajar Praktikal

Sejak pertengahan Mei lalu, PTS Fortuna Sdn Bhd telah menerima kehadiran dua orang pelajar praktikal untuk berkhidmat di jabatan editorial. Beliau yang dimaksudkan adalah Cikpuan Shalida Mohd Rosnan yang berasal dari Shah Alam, Selangor dan Cikpuan Intan Shuhaidah Abd Rahim berasal dari Sungai Petani, Kedah.

Mereka adalah penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam di dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Teknologi Percetakan.

PTS Fortuna mengalu-alukan kehadiran mereka dan berharap pengalaman sebagai pelajar praktikal dapat memberikan peluang dan ruang untuk mereka berdua meneroka industri penerbitan buku di Malaysia secara amnya dan PTS Publications & Distributors khasnya.

http://ptsfortuna.com.my/index.php/blog/blogdetail/pts-fortuna-sdn-bhd-menerima-dua-orang-pelajar-praktikal/