Archive for Peribadi

Menukar Profile Picture@Facebook

// May 24th, 2010 // No Comments » // Peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^_^

Anda kerap menukar profile picture facebook anda? Mungkin ada yang gemar menukarnya, ada juga yang tidak. Bagi saya profile picture yang sama agak membosankan mungkin sebab saya tidak gemar mengambil gambar haha~! Jadi profile picture saya tidak semestinya ada wajah saya di situ ^_^ . Jadi sebagai alternatif untuk menyatakan perasaan dan apa yang saya fikir kadangkala tidak terluah melalui kata-kata di status atau pose-pose yang tertentu ketika mengambil gambar untuk akaun facebook saya. Jadi ini adalah antara imej-imej yang menggantikan profile picture saya. Selain untuk menyampaikan mesej melaluinya, ada bagusnya juga dapat ‘melayan kreativiti’ sekali sekala. Setiap hari anda berpeluang melihat pelbagai design yang dibuat oleh pereka-pereka hebat di laman web, pilih sahaja mana-mana tutorial yang anda suka dan gunalah kreativiti anda untuk mencipta profile picture anda sendiri ^_^

Kongsi Ilmu dengan Menulis

// January 8th, 2010 // No Comments » // Motivasi, Peribadi

Kebangkitan generasi bloggers diseluruh dunia banyak mempengaruhi minat pengguna internet hari ini. Kita tidak lagi menggunakan internet sekadar melawat laman-laman web, tetapi sudah mula berminat untuk menjadi pengikut kepada sesuatu blog.Pernahkah kita sedar dan bertanya pada diri sendiri berapa banyak jumlah blog yang berbentuk ilmiah? Jenis blog yang mampu member informasi atau ilmu secara santai dan lebih berkesan?

Berapa banyak pengalaman hidup seharian kita mampu dijadikan manfaat kepada orang lain. Ini bukan bermaksud semua orang perlu menceritakan kisah peribadi dengan tujuan untuk meraih simpati pembaca atau sekadar menaikkan ‘rating’ sesuatu blog. Penulis blog yang bijak akan menggunakan kesempatan yang terbentang luas ini untuk menyatakan pandangan peribadi sambil membuka minda pembaca.

Pelajar universiti adalah golongan yang paling efektif untuk menggerakkan bangsa, tidak perlu ‘join’ kepada luahan perasaan berbentuk kekerasan di jalanan. Berbaloi jika kita menggunakan kuasa menulis untuk memberi kesan kepada masyarakat. Seorang penuntut universiti sepatutnya sudah mampu memberi pandangan peribadi dengan bijaksana berkaitan isu-isu semasa atau setiap pelajar boleh mengambil inisiatif untuk menceritakan apakah ‘kesimpulan’ atau rumusan yang mereka dapat sepanjang kuliah atau tutorial yang dijalankan.

(more…)

:: 4 Januari 2010,Bermula Kisah Baru… ::

// January 3rd, 2010 // No Comments » // Peribadi

:: 4 Januari 2010,Bermula Kisah Baru… ::

Terima Kasih Tan Sri Dato’ Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah & Selamat Datang Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar. Setelah 9 tahun berkhidmat dengan cemerlang sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) akhirnya Tan Sri Dato’ Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah terpaksa meninggalkan kita walaupun hakikatnya agak sukar bagi kita warga UiTM untuk melepaskan beliau. Ini kerana,tiada siapa yang dapat menyangkal dedikasi dan sumbangan yang cukup besar telah diberikan kepada UiTM.

(more…)