‘Free Printing Estimating Software’ – Mari Uji & Apa Skala Keberkesanannya? (Part I)
// February 13th, 2012 // No Comments » // Printing
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda satu laman web yang menawarkan Printing Estimating Software (Free Edition) yang boleh dimuaturun di PRINTFIRE.
Saya ingin menjemput kepada warga Printech yang berminat untuk mencuba perisian percuma ini. Ia bertujuan untuk mengkaji sejauh mana software ini dapat digunakan oleh pelajar dan enterprise tanpa mengeluarkan modal yang besar untuk membeli lesen perisian yang kebiasaannya menjangkau ribuan ringgit. Perisian ini bukanlah perisian baru, malah sudah ramai printers di seluruh dunia telah mencubanya. (Komen-komen mereka boleh anda baca melalui forum di PrintPlanet).
Kepada pelajar yang masih tercari-cari topik untuk membuat tesis, topik ini mungkin boleh dipertimbangkan. Mungkin boleh disenaraikan semua printing software yang ditawarkan secara percuma dan kita kumpulkan data untuk melihat sejauh mana perisian-perisian ini betul-betul dapat dimanfaatkan oleh kita semua. Tinggalkan sebarang komen positif atau respon pada entry ini. Setelah mencuba perisian ini, apa skala anda? Jika diberi skala 1-10, apa skala yang anda berikan? Kepada pelajar yang berminat untuk mengkaji dengan lebih lanjut berkenaan topik ini. Saya sudi berkongsi sedikit data.
Jangan tunggu lagi, jadi download sekarang dan selamat cuba : http://printfire.com/products.html
(Sila download Free Forever Version)
Semoga bertemu lagi dalam entry Part II nanti ^__^









