Turutan Dakwat Ketika Kerja-Kerja Mencetak di Mesin: CMYK? atau KCMY?
// March 3rd, 2011 // No Comments » // Printing, Sesi Soal Jawab
SR: Apabila kita menjalankan kerja mencetak, terdapat operator yang menggunakan susunan dakwat KCMY, bukannya CMYK. Mengapa ini berlaku?
Ahli Panel: Berkaitan dengan turutan (K,C,M,Y) ia adalah standard yang diguna pakai di seluruh dunia. Semua brand mesin cetak Sheetfed Offset guna standard tersebut, malah ia turut digunakan pada mesin Offset 8 warna. Untuk mesin 5 warna pula, unit terakhir merupakan unit untuk special color atau coating. Dakwat seperti silver, gold atau gloss diletakkan di bahagian akhir.
Mengapa ia K,C,M,Y dan tidak C M Y K ? sebab ia merujuk kepada penggunaan dakwat yang mana lebih banyak digunakan sebenarnya. Biasanya dakwat K diletakan di unit hadapan sekali kerana jumlah peratusan dakwat digunakan sedikit sahaja, lebih kepada untuk kawalan tone, manakala dakwat C pula selalunya meliputi 30% jumlah dakwat, manakala dakwat M pula 50% dan dakwat Y pula meliputi 60% dakwat.
Maka secara ringkasnya para operator dapat mengawal kualiti cetakan bermula dengan jumlah % dakwat yang sedikit sehinggalah yang banyak sekali penggunaanya bersesuaian dengan tahap kelajuan IMPH pada setiap mesin itu. Namun untuk mesin 1 warna seperti KORD pula kebanyakan para operator lebih gemar untuk memulakan cetakan dengan turutan dakwat C M Y K kerana ia lebih sesuai untuk pengawalan kualiti penyebaran dakwat pada cetakan itu sendiri dan juga bersesuaian dengan tahap kelajuan IMPH mesin itu.








