Archive for Uncategorized

KABLAM DABUSH!!!!!!!!

// January 16th, 2010 // No Comments » // Uncategorized

Hari Ahad hari paling best!! sebab??? dah tentulah sebab hari hujung minggu. Bukan semua orang berpeluang nak rehat-rehatkan otak akhir-akhir ni…hmmmm bila tengok orang lain ada yang terpaksa kerja sampai 7 hari seminggu….ada ‘life’ ke macam tu? Memang ada insan-insan yang terpaksa bekerja hari-hari,kalau sumber kewangan dah terhad, apa sahaja sanggup dilakukan.Mungkin anda perlu bersyukur kalau tergolong dalam golongan yang agak senang, tak cukup duit ada family yang sedia membantu dan menghulurkan bantuan.

Sebut tentang hujung minggu, hari Ahad yang lepas,  sempat enjoy sakan sambil merehatkan otak.Kenapa tajuk post ni KABLAM DABUSH (a word to describe something undescribable)??? Apa tu? ^_^ haha itulah perkataan yang pertama kali sha dengar selepas menonton teater WHOA!WILLOW! sangat best teater ni! (Mungkin sebab ini kali pertama sha menonton teater ditambah pula bila ditemani 2 insan yang best dan gila-gila haha). Kali pertama terpandang poster teater ni di fakulti rasa macam ‘meriah semacam je suasananya!’…balik rumah terus surf laman whoawillow.wordpress.com.Hmmmm tiba-tiba terpandang ayat…”charity”…mungkin itulah yang membawa perasaan nak pergi tengok teater ini…yang menarik hati sha untuk  menonton ialah usaha murni yang dilakukan olehETHOS & TASTAPUTRA PERKIM untuk kanak-kanak yang memerlukan….

(more…)