My Writings. My Thoughts.
Jawatan Kosong
// September 27th, 2011 // 1 Comment » // Mari Cari Kerja
JAWATAN KOSONG (SUPER URGENT!!!)
1. JAWATAN : GRAPHIC DTP ATRIS
JABATAN : DTP DEPARTMENT
SYARIKAT : PERCETAKAN SELASEH SDN BHD,
30 & 32 JLN SELASEH INDAH TAMAN SELASEH FASA 1,
68100 BATU CAVES, SELANGOR.
PERSON IN CHARGE : EN ROSDI IDRIS ( HEAD DEPARTMENT)
SILA DATANG DGN RESUME@HASIL KERJA. CALL 03-6188 0719
2.JAWATAN : ADMIN EXECUTIVE
JABATAN : DIGITAL DEPARTMENT
SYARIKAT : ULTIMATE PRINT
PERSON IN CHARGE :
azuani@ultimate.com.my
alwani.fickry@ultimate.com.my
Turutan Dakwat Ketika Kerja-Kerja Mencetak di Mesin: CMYK? atau KCMY?
// March 3rd, 2011 // No Comments » // Printing, Sesi Soal Jawab
SR: Apabila kita menjalankan kerja mencetak, terdapat operator yang menggunakan susunan dakwat KCMY, bukannya CMYK. Mengapa ini berlaku?
Ahli Panel: Berkaitan dengan turutan (K,C,M,Y) ia adalah standard yang diguna pakai di seluruh dunia. Semua brand mesin cetak Sheetfed Offset guna standard tersebut, malah ia turut digunakan pada mesin Offset 8 warna. Untuk mesin 5 warna pula, unit terakhir merupakan unit untuk special color atau coating. Dakwat seperti silver, gold atau gloss diletakkan di bahagian akhir.
Mengapa ia K,C,M,Y dan tidak C M Y K ? sebab ia merujuk kepada penggunaan dakwat yang mana lebih banyak digunakan sebenarnya. Biasanya dakwat K diletakan di unit hadapan sekali kerana jumlah peratusan dakwat digunakan sedikit sahaja, lebih kepada untuk kawalan tone, manakala dakwat C pula selalunya meliputi 30% jumlah dakwat, manakala dakwat M pula 50% dan dakwat Y pula meliputi 60% dakwat.
Maka secara ringkasnya para operator dapat mengawal kualiti cetakan bermula dengan jumlah % dakwat yang sedikit sehinggalah yang banyak sekali penggunaanya bersesuaian dengan tahap kelajuan IMPH pada setiap mesin itu. Namun untuk mesin 1 warna seperti KORD pula kebanyakan para operator lebih gemar untuk memulakan cetakan dengan turutan dakwat C M Y K kerana ia lebih sesuai untuk pengawalan kualiti penyebaran dakwat pada cetakan itu sendiri dan juga bersesuaian dengan tahap kelajuan IMPH mesin itu.
| Panel jemputan bagi sesi soal jawab ini : Encik Ahmad Fairuzse Abdul Ghani. |
Beliau merupakan Alumni BATCH KE-3 PRINTECH 95-99. Beliau mula terlibat dengan dunia printing semenjak di bangku sekolah menengah lagi dan alhamdullilah ia kekal sehingga kini. Memulakan kerjaya sebagai apprentice mesin cetak dan kini menjawat jawatan sebagai Pengurus Pembangunan Bisnes di Percetakan Selaseh Sdn. Bhd. Beliau juga merupakan salah seorang ahli Lembaga Pengarah syarikat.
Potensi Warga Printech Untuk Menjadi Penulis Super
// February 20th, 2011 // No Comments » // Mari Cari Kerja, Motivasi
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu lagi kita dalam post terkini SyalidaRosnan.Com. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi ilmu yang saya fikir perlu dan wajib disampaikan kepada semua. Semalam telah berlangsung Seminar Jana Wang Dengan Menulis anjuran Akademi Penulis yang diterajui oleh Tuan Fauzul Nai’m Ishak (General Manager bahagian Editorial PTS) dan Tuan Zamri Mohamad (Penulis Buku Malaysia). Objektif seminar ini adalah untuk menyedarkan peserta tentang potensi dan profession sebagai seorang penulis. Kepada peminat buku, pasti anda sudah tahu bagaimana ‘gilanya’ permintaan jika buku yang dihasilkan menepati kehendak pembaca yang sangat meminati sesuatu bidang tetapi jumlah judulnya masih kurang.
Apa relevannya ilmu yang disampaikan dalam seminar ini kepada warga Printech?
Ilmu yang disampaikan sangat relevan. Ini kerana saya tersentak apabila ahli panel menegaskan bahawa setiap individu mempunyai pelbagai idea bernas, setiap individu Allah kurniakan kepandaian dan kepakaran masing-masing. Akan tetapi jika semua ilmu dan idea-idea bernas itu hanya terperangkap di dalam kotak fikiran saudara-saudari tanpa diterjemahkan dalam bentuk penulisan dan dikongsi bersama orang lain….Semuanya akan sia-sia begitu sahaja. Jika kita ditakdirkan mati sebentar lagi, dan segala ilmu dan pengalaman hidup itu tidak dikongsikan, maka tiada siapalah akan tahu dan dapat memanfaatkan ilmu tersebut.
Warga Printech Semuanya Hebat.
Untuk memastikan kita menjadi hebat di kalangan yang terhebat. Buatlah sesuatu yang dapat dimanfaatkan oleh rakan-rakan dan individu yang hampir dengan kita. Apabila saya dijemput melalui aplikasi event di facebook oleh Tuan Fauzul sendiri, saya dapat rasakan ini adalah Fardu Kifayah kepada saya untuk pergi menuntut ilmu dan berkongsi apa yang saya dapat dari seminar ini. Memandangkan saya dihimpit dengan komitmen lain dan perlu menyiapkan beberapa tugasan, jadi saya ringkaskan dan kaitkan beberapa input penting untuk anda.
1. Setiap orang mempunyai pelbagai ilmu dan pengalaman yang saat berharga untuk dikongsikan agar bermanfaat kepada masyarakat. Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah terjemahkan ilmu itu dalam bentuk penulisan, sama ada kita kongsikan di blog, facebook (notes) atau menghantar artikel untuk diterbitkan.
2. Mulalah untuk menjadi penulis dengan berlatih menulis. Jika anda tidak pandai menulis, belajar sahaja menulis apa-apa artikel ringkas untuk permulaan. Kebanyakan penulis super yang pernah terjual bukunya sebagai Buku Bestseller, buku itu bukanlah buku pertamanya. Ada penulis yang berjaya menghasilkan Bestseller selepas menghasilkan buku yang kedua, ketiga atau mungkin yang kesepuluh.
3. Setiap individu, mempunyai kepakaran dan minatnya masing-masing. Jadi jika anda sudah bertahun-tahun bekerja dalam sesuatu bidang saya pasti ‘tebal’ ilmunya. Mulalah menulis dan kumpulkan ilmu-ilmu itu kemudian hasilkanlah buku anda. Saya juga masih belajar dan terus belajar dalam menghasilkan buku.
4. “Saya tidak ada masa nak menulis….”. Itu adalah antara alasan yang biasa diberikan oleh ramai orang, termasuklah saya. Kadang-kadang rasa memang tidak tahu bilakah waktu yang sesuai untuk menulis. Jadi mulalah menulis di waktu santai anda, mungkin pada waktu petang ketika mengambil angin di tepi tasik. Oh ya mungkin juga ketika di restoran kerana menunggu keluarga anda membeli belah ^_^.
Warga Printech Mampu Hasilkan Penulisan Super untuk Rujukan Industri Percetakan Malaysia.
Hampir 5 tahun saya di jabatan ini, semakin lama semakin tidak sabar saya nantikan buku terbitan warga Printech diterbitkan secara professional. Buku ini mungkin berkaitan apa sahaja, termasuklah buku manual untuk belajar bahagian teknikal. Ilmu yang didapati dari bilik kuliah dibukukan dan mungkin pengalaman para senior menjalani latihan praktikal. Paling menyeronokkan jika buku yang dihasilkan mampu memeriahkan buku rujukan berbahasa Malaysia yang akan dibaca oleh semua individu yang terlibat dalam industri percetakan di Malaysia ini. Paling penting, apabila kita memeriahkan industri percetakan buku dan membuka lebih banyak job untuk dicetak kepada warga Printech. Memandangkan kita adalah satu-satunya universiti yang menawarkan kos pengajian berkaitan teknologi percetakan sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Sudah pasti begitu ramai warga kita sudah mewarnai industri percetakan Malaysia ini.
Perlunya Networking di kalangan Penulis Warga Printech
Penulis berpotensi tentang ilmu dunia cetakan ini pasti begitu ramai dari pakar di bahagian prepress, press, post press, pakar dalam bahagian materials supplies, machine accessories dan sebagainya. Semua ilmu dalam bidang yang disebut adalah sangat penting untuk dikongsikan untuk manfaat bersama. Jadi secara tidak langsung setiap penulis akan melengkapi ilmu percetakan penulis-penulis lain.
Mari Menyahut Seruan Untuk Mula Menulis.
Kepada warga Printech yang sudah lama memasang niat untuk menulis, mulakanlah hari ini. Hasil penulisan yang anda terbitkan di Majalah Printech atau post yang anda terbitkan di blog, atau buku yang ingin anda terbitkan sudah pasti akan ada warga industri yang membacanya. Sebagai memberi sokongan, kepada anda yang ingin mula menulis berkaitan pengalaman anda di dalam industri percetakan yang kita minati ini. SyalidaRosnan.Com akan memberi ruang iklan secara percuma selama TIGA BULAN kepada anda yang terpilih. Hanya sediakan imej bersaiz 125 x 125 pixel beserta link url untuk imej dan link untuk di klik. (Sila lihat contoh di bahagian iklan di tepi laman web). Penulisan yang paling memberi kesan kepada pembaca (akan diundi) dan pemenangnya akan ‘menguasai’ SATU ruangan banner SyalidaRosnan.Com selama 3 BULAN SECARA PERCUMA. Kepada penghantar yang lain jangan bersedih. Penulisan anda itu tetap saya siarkan dalam SyalidaRosnan.Com dan link anda akan saya aktifkan di dalam post tersebut.
Selamat Menulis dan mengumpul saham dunia & akhirat. Semoga segala ilmu yang diamal daripada hasil penulisan kita akan diberkati Allah.
Saya tangguhkan dahulu entri kali ini dengan Assalamualaikum dan berjumpa lagi dalam entri yang akan datang InshaAllah.
Kepada yang berminat untuk menjadi penulis dan penerbit profesional sila lawati laman ini :
http://www.akademipenulis.com/









