My Writings. My Thoughts.

Membina Networking (To Printers & Freelancers – Printech)

// February 11th, 2011 // 5 Comments » // Freelance

Assalamualaikum dan salam sejahtera, SyalidaRosnan.com diwujudkan khusus untuk membina networking bersama Komuniti Printech dan industri percetakan dan penerbitan  secara umumnya. Memandangkan saya sentiasa menjalankan kerja-kerja freelance bersama networking dan rakan-rakan saya dari IPT seluruh negara.  Saya bercadang untuk menyalurkan job kepada warga Printech yang menawarkan servis mencetak di lokasi terdekat dengan klien saya.

Kepada warga printech yang berminat untuk mengisi database SyalidaRosnan.Com anda dijemput untuk mengisi borang ringkas yang telah saya sediakan.


>>> http://bit.ly/DatabaseSyalidaRosnanCom

>>> http://bit.ly/DatabaseSyalidaRosnanCom

Sama ada anda adalah pemilik syarikat cetak atau anda staf yang menguruskan syarikat tidak menjadi masalah. Apa yang penting SyalidaRosnan.Com dapat mengenal pasti warga Printech walau di mana anda berada melalui database tersebut.

Memandangkan saya masih bergelar pelajar sepenuh masa dan tidak sempat untuk memenuhi permintaan beberapa klien. Jadi, jika anda berminat membuat kerja freelance, anda dialu-alukan untuk mengisi borang database SyalidaRosnan.Com

Atas tujuan promosi syarikat dan memudahkan pelanggan menghubungi anda, bolehlah mula wujudkan blog rasmi, Page Rasmi@Facebook atau Kepada yang masih belum mempunyai website rasmi untuk syarikat dan personal bolehlah klik dan pilih pakej webhosting yang anda minat:

>>> http://bit.ly/iNeedWebHosting


(***Kepada yang berminat untuk Link Exchange di website masing-masing, anda sangat dialu-alukan ^_^)

Terima kasih ^_^

(Sharing is Caring: Maintain Our Silaturrahim like Prophet Muhammad Taught Us ^_^ )

Penghantaran Keputusan Peperiksaan ke JPA

// December 25th, 2010 // 2 Comments » // Peribadi

Salam Alaik, hari ini saya ingin membuat komen ringkas tentang soalan yang ditanya oleh rakan-rakan yang mendapat tajaan JPA. Alhamdulillah rata-rata semuanya memberikan komen-komen positif di status-status FB baru-baru ini. Oh ya, komen tentang apa ya? Komen tentang keputusan peperiksaan semester lepas & soalan mereka….(hehe) “Hei keputusan ni nak hantar ke JPA ke?Tak hantar duit next sem tak masuklah ye?“Nak hantar kat mana ni? Jawapan saya: “Mestilah dihantar ke JPA setiap sem, habis macam mana JPA mahu pantau prestasi pelajar sama ada  semakin baik atau buruk….” Jadi kepada rakan-rakan yang menerima tajaan JPA jangan lupa hantarkan keputusan peperiksaan anda setiap sem ok ^_^

Berikut jawapan untuk soalan anda yang juga boleh dibaca di link berikut:

http://esimos.jpa.gov.my/sismat/index.php?topic=247.msg800;topicseen#msg800

“Keputusan setiap semester perlu dihantar ke JPA melalui salah satu kaedah berikut;
1)emel ke lspdn@jpa.gov.my
2)fax ke 03-88810745
3)Pos ke alamat
Unit Latihan Sebelum Perkhidmatan Dalam Negara,
Bahagian Pembangunan Modal Insan,
Aras 5, Blok C1, Komplek C,
Jabatan Perkhidmatan Awam,
62510 Putrajaya

Sekian, terima kasih ”

(Jawapan ini diberikan oleh Puan/Cikpuan Munirah bt Mohd Zaki Pentadbir SisMAT)

‘HIJRAH’ for Better Living~

// December 7th, 2010 // No Comments » // Motivasi

Salam Tahun Hijrah 1432, Sempena 1 Muharram ini ingin saya kongsikan Hadith Riwayat Bukhari & Muslim ini sebagai friendly reminder kepada diri dan semua yang membaca ^_^

Hadith :

Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu, bergantung pada niat. Dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang berHIJRAH semata mata taat kepada Allah dan Rasulnya, maka HIJRAHnya itu diterima oleh Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang berHIJRAH kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka HIJRAHnya itu terhenti pada apa yang ia niat HIJRAH kepadanya”.

Riwayat Bukhari Muslim